eh hi blog! lamanya kena duduk tepi dinding sana. sian kau. apa nak buat, aku pemalas nak updet blog. walaupun cerita menarik itu ada. blogger tenggelam timbul mcm ni la kan.
anyway, aku tempek je la dulu gmbr yg agak2 menarik sempena tak updet sampai 2 bulan ni. lain kali je la aku elaborate peristiwa2 rentetan (wauu ayat dewan bahasa!) dari tempekan gambar2 ini. sila jamu mata!
gambar pinjam ihsan puan umi. yg mencelah tudung kaler merah tu, ha..tu la blogger dah femes puan lili. thanks korang rajin2 belanja kek kat dome tu. sori aku tak mkn sampai habis. nak tumpukan perhatian kat minuman yg gojes itu dan makanan yg marveles itu!
inilah minuman gojes yg bikin aku jakun sampai tak lalu makan kek. nama ada honeycomb. boleh didapati di dome di mana2 cawangan berdekatan. melaka dgn JB takdo (agaknye) harap maklum
ni konon2 kek nk sambut birthday aku la ni masa 27/10 aritu (nak jugakkkk tulis tarikh). akibat tamak haloba, whole kek aku beli. yg aku makan 1 slice je. tiramisu. pahit jgn cakap la. tapi mengenangkan rega campur tax nk dekat 90hinggit, makan je la. dia sedap sebenarnya. tapi tak blh la nk mkn smpi 3slice dalam masa 20minit. hihii
di mana ini? mcm pemandangan dari tingkat 9 rumah flat pun ada kan? ewahhh mulut korang. next entry aku cerita. malas nak type sekarang. gmbr dari kamera canggih tak uplod lagi.
yg dua kat bawah ni, aku kategorikan sebagai hadiah harijadi yg dibeli sendiri. apa nak buat, aku bukan spesis memintak2 la pulak. nak, beli sendiri. kalau tak puas hati, aku kutuk diri sendiri jugak. fair and square gitu.
kamera canggih. nk beli dlsr, aku bukan reti sangat pun amik gmbr. edit guna instagram pun jadik buruk gila gambar yg aku amik. dapat yg ini pun syukur.
dan sebagai penutup, terimalah Dot by MJ hasil terpengaruh dengan iklan kat cleo. uuuhhh jiwangnya aku beli perfume botol polkadot kaler merah!







0 has-been commented:
Post a Comment