Thursday, May 17, 2012

Hot part 1

Thursday, May 17, 2012


Takde bahan nak updet blog. Maka tataplah gambar nak menunjuk ini. Entry lebih hot tunggu minggu depan ye!




beli sebab hasrat nak beli nombor 2 kat bawah ni mula2 terbantut. dan sebab aku geram dengan SA coach tu. mentang2 pakai tie, kau ingat butik tu kau yang punya? hamik kau aku swipe dan terus tambah hutang! pastu beria suruh aku isi member form ke hapa sebab nanti senang nak inform kalau ada member sale. sampai hari ni bayang2 surat cakap ada sale pun aku tak dapat. puiiihhh! tapi alhamdulillah. at least dah dapat wallet cap coach. pastu dilema. ni wallet lagi mahal dari handbag apecer ni? siapa sudi nak belikan handbag cap gucci jenis sukey tote boleh jadi suami aku. lepas dapat yg tu aku takkan mintak apa2 lagi dah. janji bang! *banyak la kau punya bang. bayang suami pun tak nampak2*




ehem. ingat tak ni sebenarnya sebahagian dari hadiah yg aku kata nak present untuk diri sendiri sempena birthday tahun lepas? selepas dimalukan oleh maybank gold card di machines mid valley, akhirnya aku berjaya beli benda ni kat mac city hatten square melaka (semua nak letak nama penuh. ceh!) hasil skim pinjaman sementara dengan mak. itu jangan dilupa. tanpa duit pinjam sikit kat mak tu, memang sampai hari ni la aku tak merasa ada laptop sendiri. terima kasih mak!


tapi sumpah aku takkan dapat lupa peristiwa kat machines mid valley tu. bayangkanlah. dengan bangga dah beratur nak bayar. eh. i mean dah beratur nak swipe kad kredit kaler gold tu tiba2 masa swipe cashier cakap DECLINED. pada hal kad yg aku suruh swipe tu, tak pernah kena swipe lagi. suci la konon. kalut2 talipon maybank center ingatkan kad aku tu kad tipu ke apa kan. rupanya...


tak payah cerita habis lah. pandai2 la korang buat kesimpulan sendiri. aku masih sentap!

0 has-been commented: