i don't know what it is with me this month. or this year for that matter. sungguh la rajin amik gambar. gambar benda2 la. gambar sendiri mmg jgn harap. i am not a cam-whore. tough luck la nak suruh aku tempek gmbr muka sendiri kat blog ni. walaupun blog ni haku yg punya. hahaa
tahun ni sgt meriah makan aiskrim. kejap2 nak aiskrim. kejap2 ngidam aiskrim. mengalahkan org pregnant pulak kan. and as usual, aku salahkan PMS la. org PMS kan mmg suka benda2 aiskrim, coklat ni semua. bajet emo la konon time PMS ni. eh. bukan bajet. mmg emo pun kan masa PMS?
ni lunch hari ni. belum gaji tapi selera still mcm orang kaya. nak kenny rogers je. ok la kan kenny rogers. dari aku kata pegi makan tony romas yg aku 1st dan last makan 2 tahun lepas itu pun sebab kampeni belanja yg lagi mahal gilo tu kan. pastu nk dijadikan cite, mase makan tu siap dah plan nnt nk pegi mkn kat 'kenny romas' . suka hati je aku kan merge 2 kampeni jadik satu. btw, gmbr ayam tak habis tu kepunyaan adik aku. nampak tak tebal gila ayam tu? siyes. aku tgk pun muak. mmg patut tak habis.
yang ni pulak dinner hari ni. dinner? oh yes. tekak orang kampung yo! dah makan mac and cheese pun dinner aku tetap nak nasik. nasik lemak antarabangsa made in bangsar to be exact. kebetulan singgah pasar malam kat bangsar tadi, tetiba nostalgia jap. 3 tahun lepas, kedai makan makcik ni mmg kunjungan tetap 3 anak dara HP yg kerja shift malam. ayam die besar. sodap pulak tu. sambal pon sodap. aku siap amik kangkung (ye, aku pun pelik kangkung makan dgn nasik lemak. tapi sbb nak sayur gak, amik je la) dengan sambal paru. hoiiii sodap! yang bagusnya, nasik die sikit. so kira kalori makanan aku rendah la kot. nasik sikit, lauk banyak. konon2 diet la kan. pastu balik rumah kau telan air pepsi. podacit!
hoii yg ni sumpah favorite! ikan sepat masak lemak cili padi dgn nenas. ofcos la mak yg masak. kalau aku yg masak, ikan sepat tu mmg goreng je. pastu nenas tu nnt makan begitu saje. bajet ulam gitu. ini lah kehidupan makanan sebenar kalau duduk dgn mak. hehehe
ha. ni start awal tahun hari tu la ni. tah apasal tetiba sedar diri nak jaga kesihatan, maka beli lah multivitamin. aku tak suka yg tablet2 tu sbb aku tak reti telan. selalunya, i end up kunyah tablet tu mcm kunyah gula2. walaupun pahit untuk diterima, percayalah. kunyah lagi bagus dari telan. kalau nk telan jugak, memang bergelen lah air aku minum sempena nak kasi telan tablet tu. so, multivits hunting aku mmg cari yg bukan jenis tablet. jumpa lah cap proviton ni. dia in capsule, so apedehal la sangat nk telan capsule kan? tapi yg tak best, sebab aku selalu amik multivits ni mase nk pegi kerja (3ptg), malam dah susah nk tido. energy terlampau. padan muka haku. multivits amik pepagi buta hokei?
ehem. dah berapa kali nak beli jins, tak dapat2 sebab size dah habis tahun ni. hamik kau. levis terus aku sapu! was2 jugak masa masuk butik ni mula2 tu. ye la. badan kan tak berapa nak melengkung mcm gisele. buatnya dah try sampai size max, sekali tak blh jugak. kan ke malu? tapi sebab dirasuk semangat sempena opismet asik2 cakap aku dah kurus sikit, konfiden je masuk levis ni last week. pastu konfiden je mintak kat SA size *ehem ehem*. masuk booth, dengan tak konfidennya try. walaweihhh! mereka tak tipu. sungguh aku dah kurus. sikit. sebab mampu masuk size itu. tak pikir byk kali, mmg aku angkut terus. mahal pun mahal lah. dah kau masuk levis, kau nk expect rega cap forest? ini bukan stetmen berlagak. ini kenyataan.
banyak gile gambar entry ni. kagum aku rajin tempek gambar banyak2. ok, tak reti dah nk buat ayat penutup entry banyak gmbr ni. bye!







0 has-been commented:
Post a Comment