hai hai selamat tahun baru! aku tak nak review segala gala yang took place in 2011, instead aku nak review ape yg aku dah buat 7hari terakhir sebelum 2012. aci? mihahaa.
so, 7hari sebelum 2012 adelah sangat heaven. sebab kampeni adelah shutdown period maka aku pun shutdown jugak la kan. actually kena kerja jugak, tapi sebab bos takde, aku buat shutdown period tu as suka hati aku nak online kat communicatior ke tak, nak masuk opis ke tak. bila dah buat suka hati tu, ofcos la memang kerja tak jalan langsung kan? memang heaven sungguh la seminggu tu kesimpulannye. aku shutdown system otak ni to not think about work. at all. ape nak jadik, jadik la. oh. itu boleh jadik azam baru. tingkatkan i don't care attitude as long as i have done my best before the i-don't-care thing. no more aku sorang2 fikir beria sampai tension2. itu pun azam baru jugak. haha. eh ape ni asik cite pasal kerja? cisss!
ok anyway, aku memang jadi pengujung tegar midveli 7hari sebelum 2012. benda yg tak payah beli pun, aku beli jugak sebagai pengganti benda yg nak dibeli tapi size dah habis (saiko la ni kata size dah habis. entah2 memang takde size kannn) . tapi aku puas hati. sebab benda yg dibeli atas sebab nak beli something jugak tu memang dah lama aku puja. dari zaman sekolah menengah la camtu.
beli swatch je pun nak tempek kat blog. eh lantak. nak beli TAG belum sampai seru. harap2 ni bukan krisis sempena umur dah nak masuk 3series 2013 nanti.
on 31st december pulak, aku menjelajah melaka. ok bukan melaka. jakel dengan ariani je. sebab memang dah berazam nak beli tudung sempena ariani tengah sale gile2 kan, maka aku jadi tak ingat dunia. semua nak rembat. orang lain pilih tudung 15minit dah siap, aku almost sejam. all becos nak awning tudung tu takde cacat2. 7helai selamat kena rembat. tapi bukan semua aku punya. mak dengan adik punya pun ade gak. kongsi rezeki gitu. hihii. bila kena bayar, dan dan le cakap kat mak aku 'takpe, ratus2 pun kite tutup kepala. bukan selalu keluar ariani boleh dapat 7helai tudung' . pandai kan aku nak saiko diri sendiri. lepas tu set kat kepala, ini kira reward. iyo la reward. nak raya nanti baru la kau beli tudung lagi ye T____T
and online shopping for the 1st time. dulu bukan main takut nak beli barang tanpa moto 'no pegang, no buy' . tapi entah dirasuk ilmu shopping siapa, tak pikir banyak2 terus aku pilih, klik dan bayar. pastu tawakal je mintak2 baju tu muat. haha. dapat je parcel, tak mandi tak cuci muka, terus aku try baju. alhamdulillah. nasib baik muat dan selesa. dan lepas tu terus berazam nak beli kaler lain pulak. oh man...
pastu semalam pulak, kira pembuka tirai shopping 2012 la. gigih je pegi AEON melaka. ingatkan dah tanak beli ape2 kan just teman adik beli barang die je. tapi manusia kan. selagi duit dalam rimau masih keluar bila kena cucuk, selagi tu la nak beli itu ini. masuk bodyshop, mula2 nak beli perfume mak je tapi seperti biasa, aku nak jugakkkkkk beli something untuk diri sendiri. padehal takde la penting mane pun. and sebab sakit hati dgn SA melayu tu. mentang2 kau mekap kalah artes, suka hati je nk sound aku 'ni nak cari ape ni?' . eh HELLO! kau ingat aku pakai selipar bata 20hinggit aku tak mampu ke? gaji kau pun aku boleh bayar tau! ha kan dah kurang ajar. nasib kau baik aku tak malukan kau face to face. oh btw, benda alah kat bawah ni fungsi die nak kurangkan mata panda. kotak tu kata la. takpe, aku try dulu. kalau berjaya mata jadik ala2 anne hathaway, aku tunjuk. ewahhh
tujuan tepek2 gambar ni bukan nak menunjuk. saje nak remind myself later2 aku spent my last week of 2011 with family. gelak2, happy2. kira bahagia la gitu. and also to remind myself that bila rezeki terlebih, kongsi2 la dengan orang lain. maybe takde la nak belikan mak beg LV ke hermes birkin ke, tapi at least dapat jugak kasi something. and now, aku kena fikir nak belikan ayah pulak. takut jugak kalau ayah kecik hati kan. tapi dah ayah cerewet, camno? poning ok tak tau nak belikan ape. kasi henset aci?
and so, azam tahun 2012 adelah seperti tahun2 lepas. that is, menunaikan azam tahun2 lepas. which is, aku pun tak tau ape benda azam aku. target ade. azam? target dengan azam same kan? ok tanak kasitau.




3 has-been commented:
ahaha...kau pun terkena rasukan jugak kew...selamat beronline shopping!!!Happy New year and p/s : tak mau kongsi rezeki dgn kami yg xde rezeki ni ke *_*
yeah hepi new year nyah! aku belanja kat cafe je aci? hihii
T_______________T'' tak pe laaaaa
Post a Comment